Store exclusive services : High Quality(Strictquality inspection) Fast shipping(we shipwithin 24 hours)  Free Gift(Cute Gift Random send)
TIPS ELAK ANAK MENANGIS. BAGI MEREKA MOOD CERIA SEPANJANG HARI.

TIPS ELAK ANAK MENANGIS. BAGI MEREKA MOOD CERIA SEPANJANG HARI.

 

Mesti ramai mummies yang mengalami situasi anak bad mood dan tak ceria. Bila berlakunya keadaan dan situasi macam ni akan hilang terus mood nak berada di luar yang mana tujuan asalnya tadi nak enjoy-enjoy tapi jadi lain pula bila anak buat hal. Jadi, untuk elak perkara segini berlaku, kenalah kaji apa yang kurang pada anak dan kita take actian perkara yang kurang itu. Okay jom mummies kita let’s do it!

 

Pertama sekali bagi anak cukup tidur. Ini penting kerana bila anak cukup tidur bermakna dia dapat rehat yang mencukupi. Rehat yang cukup membuatkan mereka dapat bergerak aktif dan bertenaga. Nak tahu anak cukup tidur ni senang je. Bila dia bangun dari tidur, wajah ceria dan senyuman terpampar dari mukanya. Tiada drama tangisan air mata ketika bangun tidur seperti sebelum ini. Pastikan semasa tidur hidupkan suasana yang redup dan malap. Pasang lampu tidur, suasana bilik yang senyap dan selesa  juga buatkan si kecil anda tidur lebih lena dan lama. 

 

Dari segi pemakanan juga turut memainkan peranan supaya anak dapat rehat dan tidur yang mencukupi. Anak-anak yang tengah membesar memang memerlukan makanan yang mencukupi lagi berkhasiat. Beri anak makan yang mencukupi dari breakfast, lunch, tea time dan dinner. Pastikan cukup karbohidrat, protein dan sayuran hijau. Contoh breakfast boleh berikan roti sandwich telur atau makanan yang kaya dengan bujirin seperti oat. Lunch pula makan nasi dan sup ayam atau boleh juga digantikan dengan ikan atau daging. Jangan lupa beri buah-buahan supaya sistem penghadaman lebih lancar. Minum petang, beri biskut atau kuih. Lagi elok kalau dari air tangan mummies. Pasti anak-anak tak akan lupa air tangan mummies sampai ke besar. Nak cari resepi, Mr Google kan ada!