Store exclusive services : High Quality(Strictquality inspection) Fast shipping(we shipwithin 24 hours)  Free Gift(Cute Gift Random send)
Art and Crafts Tadika

Uols ada anak yang masih berada di tadika? Jom dapatkan art and crafts tadika untuk meningkatkan kreativiti mereka! Sewaktu cuti sekolah atau hujung minggu, anak-anak boleh bermain sambil belajar dengan art and crafts.

Sebagai ibu bapa, uols perlu memberi sokongan untuk anak-anak dalam aspek seni dan kreatif. Jadi, art and crafts amat membantu dalam perkembangan anak-anak uols yang masih berada di tadika.

Oleh itu, Amy cadangkan uols dapatkan art and crafts untuk anak-anak di KidsterActive. KidsterActive menawarkan pelbagai jenis art and crafts untuk kanak-kanak.

Manfaat Bermain Art and Crafts Tadika untuk Kanak-kanak

art and crafts tadika

Art and crafts merupakan satu aspek penting untuk anak-anak uols. Hal ini kerana, ia dapat memberikan manfaat kepada perkembangan fizikal dan mental mereka. Jom Amy jelaskan manfaat bermain art and crafts terhadap kanak-kanak.

1. Meningkatkan Skill Komunikasi Kanak-kanak

Salah satu manfaat bermain art and crafts adalah dapat meningkatkan skill komunikasi kanak-kanak. Apabila anak-anak nak menghasilkan kraf, mereka memerlukan kawan atau ibu bapa untuk membantunya.

Jadi, apa sahaja perbualan akan berlaku dalam proses menyiapkan art and crafts. Contohnya:

"Cantik tak ibu bentuk adik buat ni?" atau "Bunga ni nak colour warna apa ya?"

Oleh itu, kemahiran komunikasi anak-anak dapat diasah dengan bermain art and crafts. Mereka akan bertanya pelbagai soalan kepada uols atau rakan-rakan mereka.

2. Memupuk Kreativiti Kanak-kanak

Seterusnya, art and crafts juga dapat memupuk kreativiti kanak-kanak. Kanak-kanak sudah ada sifat kreatif yang semula jadi dalam diri mereka.

Uols sebagai parents, perlu memberikan sokongan kepada mereka untuk memupuk sifat tersebut. Jadi, aktiviti ini membantu anak-anak mengeskpresikan kreativiti mereka.

Mereka bebas untuk mewarna, melukis atau mencipta apa-apa sahaja hasil kraf yang diinginkan. Aktiviti ini memupuk mereka mencari idea baru dan yang terbaik.

Justeru itu, art and crafts sememangnya dapat memupuk kreativiti anak-anak uols. Art and crafts juga menjadi medium untuk uols mengesan emosi anak-anak berdasarkan kepada hasil seni dan kraf mereka.

3. Dapat Belajar Tentang Warna dan Bentuk

Art and crafts juga dapat mengukuhkan pengetahuan anak-anak uols tentang warna dan bentuk. Hal ini kerana, art and crafts melibatkan pemilihan warna dan bentuk.

Justeru itu, pemilihan warna dalam penghasilan kraf membantu anak-anak berfikir mengapa sesuatu warna itu perlu dipilih.

Selain itu, art and crafts melibatkan pemilihan bentuk. Secara tidak langsung, mereka boleh belajar tentang bentuk-bentuk yang ada melalui penghasilan kraf.

Art and Crafts Tadika yang Ditawarkan di KidsterActive

1. Batik Painting | Art and Crafts Tadika

art and crafts tadika

Buat pengetahuan uols, KidsterActive menawarkan batik painting untuk kanak-kanak. Batik painting ini didatangkan lengkap bersama alatan mewarna dan berus.

Anak-anak uols pasti seronok dapat mewarna dan melukis batik mini ini di rumah. Bila dah siap lukis dan mewarna, anak-anak pasti bangga dengan hasil tangan mereka.

Jadi, mereka dapat menggantung batik painting ini di dinding bilik. Batik painting juga membantu anak-anak uols dalam mengenali warna.

KidsterActive menawarkan pelbagai jenis design batik untuk anak-anak uols. Antaranya design rama-rama, kuda kepang, bunga Rafflesia dan banyak lagi. Uols boleh dapatkan design kesukaan anak-anak uols.

2. 3D Zoo Animal Key Hanger

art and crafts tadika

Seterusnya, uols boleh dapatkan 3D Zoo Animal Key Hanger untuk anak-anak. Art and crafts ini membantu memupuk kreativiti anak-anak uols.

Anak-anak dapat mencorakkan dan mewarna dengan kit ini. 3D Zoo Animal Key Hanger ini lengkap dengan warna, berus, gam dan wiggle eyes.

Jadi, anak-anak uols dapat menghasilkan penyangkut kunci yang lengkap. Harga art and crafts ini serendah RM10 sahaja. Dengan harga murah, uols dah boleh gembirakan hati anak-anak.

3. Suncatcher Board Painting Kit

art and crafts tadika

KidsterActive juga menawarkan suncatcher board painting kit untuk anak-anak uols. Kalau uols mempunyai anak berumur tiga tahun ke atas, art and crafts ini memang sesuai untuk anak uols.

Sekiranya uols ada waktu lapang, uols boleh join anak-anak mewarnakan suncatcher tersebut.

Suncatcher ini didatangkan dengan papan suncatcher, warna dan berus. Papan suncatcher direka cantik dengan pelbagai corak yang menarik dengan harga RM8.90 sahaja.

Justeru itu, uols boleh pilih design yang anak-anak gemari dan tak perlu risau kena keluarkan bajet yang banyak.

Kesimpulannya, uols boleh dapatkan pelbagai jenis art and crafts tadika untuk anak-anak uols. Hal ini kerana, art and crafts dapat mengembangkan kreativiti dan pemikiran anak-anak uols. Jadi, Amy galakkan uols untuk dapatkan art and crafts di KidsterActive.

Nak Dapatkan Info Lanjut Tentang Kami?

Uols berminat nak mengetahui lebih lanjut tentang art and crafts tadika di KidsterActive? Ayuh hubungi kami di sini.

Sekiranya uols ingin lihat servis lain yang kami tawarkan, boleh layari laman web KidsterActive.