Store exclusive services : High Quality(Strictquality inspection) Fast shipping(we shipwithin 24 hours)  Free Gift(Cute Gift Random send)
IDEA AKTIVITI CUTI SEKOLAH TANPA KELUAR RUMAH

Apa yang adik-adik semua buat sepanjang cuti sekolah? Selain ulangkaji pelajaran, mungkin ada aktiviti lain yang boleh adik lakukan dan adik-adik sendiri ajak mummies dan daddies untuk join sekali. Selalu mummies dan daddies yang cari idea, tapi kali ni apakata adik-adik yang bagi idea. So, kami cuba kongsikan kepada adik-adik aktiviti yang boleh dilakukan bersama. 

 

Apa kata adik-adik ajak mummies main masak-masak. Tapi yang ini masak real punya bukan permainan masak-masak tu. Banyak sangat dah resepi viral yang dikongsikan dilaman sesawang. So apa kata adik-adik dan mummies try. Kalau susah nak cari barang, mungkin boleh diolah dengan menggunakan bahan apa yang ada di rumah sahaja. Make it simple! Dapatlah juga adik-adik belajar masuk dapur kan. Maybe lepas ni boleh tolong mummies kat dapur pula. 

 

Selain itu, cuba adik-adik ajak mummies dan daddies gotong royong mengemas rumah. Mesti terkejut mereka sebab adik-adik sendiri yang volunteer nak tolong. Parents mana yang tak happy bila tengok anak-anak mereka rajin. Macam-macam adik-adik boleh lakukan seperti menyapu, mop lantai, lap tingkap, lap-lap habuk pada perabut rumah, kemas dapur, kemas bilik dan cuci bilik air. Buat sama-sama hasilnya lagi bersih dan kemas. Mood pun happy sebab rumah dah bersih dan selesa. Dapat adik-adik happykan hati parents. 

 

Rasanya aktiviti menonton movie bersama-sama dah sering kita lakukan. Tapi takpa, boleh ulang lagi sebab masa ni adalah waktu rehat dan bersantai. Masa inilah dapat bonding time sama-sama. Tonton cerita yang happy-happy supaya dapat kongsi perasaan yang sama. Bila mood kita happy, hati kita akan lebih lapang dan tenteram. 

 

Adik-adik ajak mummies dan daddies bermain board game Monopoly bersama. Kalau tiada board game, apa sahaja mainan yang ada di rumah boleh kita gunakan untuk spend time bersama. Cuba adik-adik cari di rumah ada tak mainan Sahiba, Jutaria, Uno atau seumpamanya. Masa inilah dapat eratkan perhubungan keluarga. Sebelum ni parents mungkin sibuk bekerja, jadi adik-adik rebutlah peluang ini ajak mummies dan daddies main bersama. 

Sentiasa luangkan masa untuk makan bersama. Masa inilah dapat makan bersama dari breakfast, lunch, tea break sampailah waktu dinner. Selalu time sekolah tak dapat, jadi ambillah peluang ini. Adik-adik tolonglah mummies setiap kali hidangkan makanan. Pakej tolong kemas sekali. Boleh kurangkan kerja mummies di rumah.

Bagi yang muslim, gunalah masa terluang ini untuk kita menunaikan solat jemaah bersama keluarga. Bila adik-adik nampak parents nak menunaikan solat fardhu, apa kata adik-adik juga bersiap dan ambil wudhu untuk solat bersama. Sejuk perut mummies tengok perubahan adik sepanjang cuti persekolahan ini. Jangan lupa doakan kesejahteraan negara kita pulih seperti sediakala. Berkat doa adik-adik dan keluarga insyaallah dimakbulkan. Sama-samalah kita mendoakan.

 

Banyakkan aktiviti ibadah sepanjang cuti ini. Penuhkan hari-hari dengan mengaji Al-Quran. Sentiasa berzikir dan berselawat. Mungkin dari sini adalah permulaan adik-adik untuk terus mengamalkannya dan menjadi rutin harian adik-adik. Hati kita pun akan lebih tenang menjalani hari-hari mendatang.