
Setiap Mommies & Daddies pasti mahukan birthday party anak-anak untuk menjadi hari yang paling bahagia dan sukar dilupakan bagi mereka. Tidak lupa juga, tipulah kalau Mommies & Daddies tak mahu tetamu yang hadir turut mengingati momen tersebut, kan? Oleh itu, kami amat menyarankan Mommies & Daddies untuk mendapatkan servis kids entertainment for parties daripada KidsterActive.
"Tapi, servis kids entertainment for parties apa yang ada di KidsterActive?" - Soalan daripada Mommies & Daddies bijak
Kalau Mommies & Daddies nak tahu, kenalah baca perkongsian kami sampai habis ya! Kami jamin, servis-servis di KidsterActive pasti dapat mengukir senyuman kebahagiaan anak-anak dan para jemputan yang lain.
Lahhh, Banyak Rupanya Kelebihan Mendapatkan Servis Kids Entertainment for Parties di KidsterActive!
Sebagai Mommies & Daddies yang bijak, wajarlah untuk kita mengetahui bahawa setiap usaha yang dilakukan dalam menggembirakan anak-anak itu pasti dapat mendatangkan lebih banyak senyuman dan keceriaan.
Begitu jugalah jika Mommies & Daddies berminat untuk mendapatkan servis kids entertainment for parties bersama KidsterActive, maka Mommies & Daddies perlulah ketahui terlebih dahulu kelebihan yang bakal diperolehi! Jom kita lihat antara manfaat dan kelebihannya.
1. Menaikkan mood anak-anak dan para tetamu yang hadir
Aktiviti yang menggembirakan adalah sangat penting bagi menaikkan mood anak-anak ketika majlis berlangsung. Namun, bukan anak-anak sahaja yang perlu difikir ya! Mood para tetamu yang hadir ke majlis juga perlu kita pertimbangkan, kerana mereka merupakan penyeri dan pelengkap bagi majlis tersebut.
2. Mencipta kenangan bermakna buat anak-anak
Anak-anak akan berasa sangat teruja dan gembira apabila dapat bermain bersama maskot dan rakan-rakan yang hadir ke majlis, lebih-lebih lagi jika ia dilengkapi dengan pelbagai aktiviti menarik.
3. Menambah keceriaan majlis agar anak-anak tidak bosan
Mommies and Daddies sudah semestinya mahukan majlis yang meriah, kan? Jadi kami sarankan Mommies and Daddies untuk mendapatkan servis kids entertainment for parties ini untuk menambah kehadiran Mascot with Talent!
4. Mewujudkan majlis yang sarat dengan aktiviti menarik dan hiburan yang kreatif
Dengan lebih banyak aktiviti tambahan menarik, ia sudah pasti dapat menjayakan aura menarik sesebuah majlis di mata para tetamu, sekali gus dapat memberikan kepuasan hati buat mereka yang turut hadir. Anak-anak ceria, para tetamu suka, maka Mommies & Daddies juga pasti bertambah gembira.
Mari Kami Tunjukkan Tawaran KidsterActive untuk Servis Kids Entertainment for Parties Ini
1. Mascot with Talent for kids entertainment for parties
KidsterActive menawarkan pelbagai servis hiburan kanak-kanak, termasuk maskot dengan bakat ataupun lebih dikenali sebagai Mascot with Talent. Maskot kami ini pasti dapat membantu memeriahkan lagi majlis anda, supaya ia lebih menyeronokkan dan menghiburkan! Kami tahu sangat bahawa anak-anak sangat meminati kartun dan animasi. Jadi, kehadiran maskot ini confirm dapat menaikkan mood keceriaan mereka.
Kenapa pentingnya membantu menceriakan anak-anak? Haaa di zaman moden ini, anak-anak lebih cenderung untuk mendapat tekanan tau! Tekanan yang dihadapi anak-anak zaman moden ini juga berada dalam kategori membimbangkan, lebih-lebih lagi mereka yang kurang mendapat perhatian daripada kedua ibu bapa yang sibuk bekerja. Mommies & Daddies boleh baca di sini untuk info selanjutnya ya.
Memang benar, anak-anak mungkin kelihatan baik sahaja pada luarannya, namun jauh di sudut hati mereka tiada siapa yang tahu. Oleh itu, kami yakin dengan usaha Mommies & Daddies membawa masuk mascot ini ke majlis, ia pasti boleh menjadi salah satu pengubat bagi kedukaan anak-anak ini.
Di KidsterActive juga, kami mempunyai pelbagai maskot berbakat yang sesuai untuk hiburan keluarga! Anak-anak boleh berseronok selama dua jam bersama Mickey Mouse, Spiderman, Bugs Bunny dan banyak lagi dengan harga serendah RM450 sahaja. Selain itu, masa rehat untuk maskot pula hanyalah selama tiga minit, setiap jam tau! Memang berbaloi.
2. Sand Art
Anak-anak Mommies & Daddies cenderung ke arah Arts & Craft? Jika ya, maka servis sand art mampu milik yang KidsterActive tawarkan ini pasti sesuai dengan keinginan anak-anak Mommies & Daddies.
Ia boleh didapatkan dengan harga serendah RM400, dan Mommies & Daddies akan memperoleh 70 pieces small sand art ATAU 30pc sand art board. Menarik kan? Bukan itu sahaja, sebab team KidsterActive akan turut hadir bersama krew profesional beserta semua peralatan yang bakal diperlukan.
3. Giant Bubble
Ingin menambah sentuhan elegan ekstra pada majlis anak-anak Mommies & Daddies? Jom dapatkan sekali servis giant bubble kami ini. Dengan hanya RM450 setiap 10 liter, kami akan menyediakan semua peralatan dan krew yang diperlukan untuk membantu anda membuat buih yang boleh terbang tinggi!
4. Game Stall
Tak cukup meriah lagi ke servis kids entertainment for parties KidsterActive ni? Kalau belum cukup meriah, mari kami beritahu bahawa kami juga menyediakan beberapa game stall seperti Money Chamber, Dunkin Booth dan Crazy Parking. Harga adalah seperti berikut:
➼ Money Chamber (MC) - RM1100
➼ Dunkin Booth (DB) - RM800
➼ Stall permainan selain MC & DB - RM500/stall
Dengan Game Stall ini, anda akan turut mendapatkan kemudahan krew di sana untuk membantu. Tambahan lagi, caj pengangkutan atau penghantaran kami pula hanyalah serendah RM200/site. Mana lagi nak dapat harga berbaloi macam ni, kalau bukan dengan KidsterActive?
5. Clown Mingling & Balloon Sculpture

Apabila anak-anak mendapat belon, maka wajah keterujaan mereka pasti dapat dilihat dengan lebih jelas. Disebabkan itulah kebanyakan Mommies & Daddies sangat berminat untuk memanggil badut hadir memeriahkan majlis, tetapi ramai juga yang tidak tahu caranya kan?
Jadi, di sini ada berita baik buat Mommies & Daddies! Kami di KidsterActive ada menyediakan servis Clown Misting dan Balloon Sculpting harga serendah RM400 sahaja untuk satu jam! Aktiviti macam ni memang confirm dapat bantu anak-anak berhibur dengan lebih selamat pada masa yang sama. Jangankan anak-anak, dalam diam nanti mesti Mommies & Daddies pun terhibur sekali, haha...
Ingin Tahu Lebih Lanjut Tentang Servis Kami?
Mommies & Daddies berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kids entertainment for parties daripada KidsterActive? Jom hubungi KidsterActive di sini.
Sekiranya Mommies & Daddies ingin melihat pelbagai servis lain yang kami tawarkan, Mommy & Daddies boleh layari laman web KidsterActive hari ini juga. Jom cipta momen terbaik buat anak-anak, bersama KidsterActive!