Store exclusive services : High Quality(Strictquality inspection) Fast shipping(we shipwithin 24 hours)  Free Gift(Cute Gift Random send)
RESEPI CUPPIZZA SARAPAN ANAK SUPER PANTAS, BOLEH JIMAT MASA MAMA, GUNA LEBIHAN ROTI JE!

RESEPI CUPPIZZA SARAPAN ANAK SUPER PANTAS, BOLEH JIMAT MASA MAMA, GUNA LEBIHAN ROTI JE!

 

Tidak kira ketika hari bersekolah atau dihujung minggu, menyediakan sarapan yang super pantas pastinya menjadi kegemaran mana-mana ibu. Maklumlah cara menyediakannya menjimatkan masa malah langkahnya juga mudah.

 

Hanya gunakan lebihan roti yang digabungkan bersama telur, mayonis dan sosej. Satukan sahaja semua bahan dan bakar. Memang mudah dan super pantas! Sesuai untuk parties, breakfast atau bekal roadtrip dalam kereta. 

 

Bahan bahan untuk 5 ketul cuppiza:

 

Roti 3 keping

Telur 3 biji

Hotdog 2 (kalau nak)

Bawang holland

Mayonaise 1 sudu besar

 

Cara-caranya:

 

1.Potong semua bahan-bahan tu bentuk dadu dan nipis-nipis.

 

2.Gaulkan dalam mangkuk kemudian masukkan dalam bekas cupcake atau muffin.

 

3.Sprinkle salt and pepper. 

 

4.Panaskan air fryer 5 minit suhu 180 C. Bakar selama 10 minit, suhu 160 C.

 

Selamat mencuba ibu-ibu!