Store exclusive services : High Quality(Strictquality inspection) Fast shipping(we shipwithin 24 hours)  Free Gift(Cute Gift Random send)
Sewa Bouncy Castle untuk Majlis di Rumah Anda

Apabila Mommies & Daddies merancang untuk adakan majlis keramaian seperti majlis sambutan hari jadi untuk Si Kecil, Mommies & Daddies pasti mahu ada elemen menarik yang boleh disematkan dalam ingatan mereka, kan? Jadi, apa kata uols sewa aje Bouncy Castle untuk majlis tersebut?

Untuk anda yang ingin mendapatkan servis sewa Bouncy Castle di sekitar Lembah Klang, Amy sarankan untuk mengambil khidmat KidsterActive dalam memeriahkan lagi majlis uols. Amy pasti, Si Kecil akan sentiasa terkenang memori indah ini!

Aspek Keselamatan Sebelum Sewa Bouncy Castle

Untuk memastikan majlis yang dilaksanakan sentiasa berjalan dengan lancar, Amy berbesar hati untuk mengingatkan bahawa keselamatan sebelum menyewa Bouncy Castle adalah amat penting.

Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan keselamatan kanak-kanak ketika bermain, kita harus bersiap sedia memastikan sebarang risiko kejadian yang tidak diingini dapat dikurangkan.

Justeru itu, Amy ingin berkongsikan beberapa aspek keselamatan yang perlu diambil berat oleh Mommies & Daddies sebelum menyewa mana-mana servis Bouncy Castle. Jadi, Mommies & Daddies baca sehingga habis ya!

Sewa Bouncy Castle

1. Jenis Material Bouncy Castle

Mengetahui jenis material yang digunakan adalah penting untuk memastikan Bouncy Castle tersebut berada dalam keadaan yang baik dan selamat. Mommies & Daddies perlu sentiasa alert dengan mengetahui jenis material terbaik yang sewajarnya digunakan untuk sebuah Bouncy Castle, sebelum menyewa.

Penggunaan material yang nipis tidak mampu menampung berat pemain yang ramai jika ia melebihi had. Kalau Mommies & Daddies nak tahu, material yang paling sesuai adalah PVC Tarpaulin.

Justeru, KidsterActive ada menawarkan servis Bouncy Castle bermaterialkan PVC Tarpaulin yang berkualiti dan mampu menahan berat kanak-kanak sehingga ke orang dewasa. Wow!

2. Pemilihan Tempat yang Sesuai untuk Sewa Bouncy Castle

Lokasi untuk meletakkan Bouncy Castle juga adalah penting untuk diambil berat dari segi aspek keselamatan. Ruang yang besar dan luas seperti halaman rumah atau luar rumah amat digalakkan berbanding ruangan yang kecil.

Sebolehnya elakkan ruang di dalam rumah untuk sebarang risiko terkena siling, lampu chandelier dan alatan perhiasan rumah yang lain.

3. Kehadiran Petugas Ketika Aktiviti Berlangsung

Kehadiran petugas atau krew yang bertanggungjawab dalam pemerhatian gerak-geri anak-anak semasa bermain juga merupakan salah satu aspek terpenting untuk pengekalan keselamatan ketika bermain Bouncy Castle.

Krew bertugas akan memastikan Bouncy Castle digunakan dengan cara yang betul dan tidak membahayakan anak-anak yang bermain. Krew juga akan mengasingkan pemain yang bertubuh lebih besar dan mereka yang lebih lasak.

Namun, suka untuk Amy ingatkan bahawa keselamatan utama anak-anak ketika bermain Bouncy Castle ini masih di bawah tanggungjawab Mommies & Daddies ya!

Pelbagai Variasi Bouncy Castle untuk Setiap Majlis di Rumah Anda

Ya, betul tu! Mommies & Daddies boleh memilih pelbagai variasi Bouncy Castle yang kami sediakan mengikut saiz, warna dan tema majlis yang dijalankan. Yang paling penting, harga berpatutan dan mampu milik.

Di bawah ini, Amy turut sertakan beberapa pilihan dan variasi Bouncy Castle yang sesuai untuk majlis di rumah uols. Make sure uols lihat dan cuci mata siap-siap sebelum membuat sewaan bersama kami okay? Kalau nak bagi anak-anak buat pilihan sendiri pun lebih bagus!

1. Octopus

Sewa Bouncy Castle

2. Jungle Island

3. Fun Jungle

Apa? Tak cukup? Ish ish, senarai ini baru sedikit sahaja ya. Sebenarnya terdapat lebih banyak lagi pilihan Bouncy Castle yang menarik untuk disewa tau! Uols boleh dapatkan katalog penuh di sini

Jadi, Mommies & Daddies tunggu apa lagi? Jom sewa Bouncy Castle untuk memeriahkan lagi majlis yang bakal diadakan di rumah uols tak lama lagi tu. Amy pasti, ia akan menjadi momen terindah buat Si Kecil bersama rakan-rakan pada hari istimewanya.

Nak Dapatkan Info Lanjut Tentang Kami?

Uols berminat nak mengetahui lebih lanjut tentang Sewa Bouncy Castle di KidsterActive? Ayuh hubungi kami di sini.

Sekiranya uols ingin melihat pelbagai servis lain yang kami tawarkan, uols boleh layari laman web KidsterActive hari ini juga. Jom cipta momen terbaik buat anak-anak, bersama KidsterActive!